Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

HAKIKAT DUNIA YANG DIKEJAR

                                                                          Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan keadaan yang hina. Pada malam itu, kota Andalusia yang berada di bawah pimpinan kerajaan Nasriyyah (bani Ahmar) telah jatuh ke tangan Katolik setelah selama lebih dari 800 tahun ia diperintah oleh kerajaan Islam. Justeru itu, beliau keluar dan meninggalkan istana yang didiaminya dengan hati yang pilu. Dadanya sesak dek kerana sebak. Sebaik sahaja sampai di atas bukit yang tinggi, dari sana beliau memandang Istana Al Hambra. Beliau menangis tersedu-sedu sehingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. Melihat akan hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana engkau tidak mam...