Skip to main content

HAKIKAT DUNIA YANG DIKEJAR



               
                                                         





Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan keadaan yang hina. Pada malam itu, kota Andalusia yang berada di bawah pimpinan kerajaan Nasriyyah (bani Ahmar) telah jatuh ke tangan Katolik setelah selama lebih dari 800 tahun ia diperintah oleh kerajaan Islam. Justeru itu, beliau keluar dan meninggalkan istana yang didiaminya dengan hati yang pilu. Dadanya sesak dek kerana sebak.

Sebaik sahaja sampai di atas bukit yang tinggi, dari sana beliau memandang Istana Al Hambra. Beliau menangis tersedu-sedu sehingga janggutnya basah kuyup dengan air mata.


Melihat akan hal itu, ibunya berkata,

"Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana engkau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa"
Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia pada tahun 1492M . Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan yang telah tercipta semenjak dari zaman kemunculan Islam. Umat Islam di sana diberi pilihan sama ada masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Persoalannya: Apakah antara penyebab-penyebab jatuhnya kerajaan Andalusia?



  • Pemerintah dan rakyat lebih cintakan dunia. 
          Apa itu wahan?
Daripada Tsauban r.a. berkata: 
"Rasulullah saw. bersabda; Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". 
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'".

          Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu ya Rasulullah?"


          Nabi SAW menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".


                                                                                                             (Riwayat Abu Daud)

  • Meninggalkan dakwah dan jihad.
         Seruan Allah SWT kepada jihad dan dakwah:
         
        Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Anfal (8:24)
"Wahai orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan seruan rasul apabila rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu[3], dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membataskan antara manusia dan hatinya[4] dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu dikembalikan"
         [3] Menyeru kamu berperang untuk meninggikan kalimat Allah yang dapat membinasakan musuh serta  menghidupkan Islam dan muslimin. Juga bererti menyeru kamu kepada iman, petunjuk,jihad dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
         [4] Allah-lah yang menguasai hati manusia.
  • Bergelumang dengan maksiat (dosa-dosa)
          Punca seseorang manusia terjebak dengan kemaksiatan adalah kerana kurangnya               penghayatan ayat-ayat Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT berfirman:
"Dan barang siapa tidak mengendahkan pelajaran Allah Yang Maha Pemurah (Al Quran),Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya"
  • Jahil ilmu agama
  • Perebutan kuasa
Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh secara keseluruhannya ke tangan orang kafir sehingga di halang beribadat dan di paksa mensyirikkan Allah. barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis... Dan ibu-ibu mereka berkata "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana engkau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa"

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam bahkan juga pemudi Islam!

Pelajari baik-baik lima faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dan alpa dengan keseronokan dunia. Hal ini kerana, Allah SWT banyak menjelaskan tentang fitnah dunia yang menarik manusia ke lembah neraka.

Allah SWT berfirman:

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang  sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. 
 [Al-'Ankabut(29: 64)]
Wahai manusia! Sungguh, janji Allâh itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allâh. 
          [Fathir (35:5)]
" Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
          [Al An'am (6:32)] 

 Justeru itu, setiap orang Islam perlulah mempelajari dan mengambil pengajaran dari kisah kejatuhan  kerajaan Islam di Andalusia. Ingatlah, biar sekali kita dipijak, tetapi jangan biarkan Islam terus dihenyak. Perbaiki diri, kuatkan minda, tambahkan amal. Pertahankan agama sebagaimana Mus'ab bin Al Umair mempertahankan panji Islam daripada terlepas gugur menyembah bumi. Pertahankan akidah sebagaimana Masyitah mempertahankan nama Allah sebagai sembahannya.Pertahankan minda pertahankan diri.. biar mereka mendesak jangan kita terdesak. Berpegang pada tali Allah kerana tali itu tidak pernah putus bahkan sangat kuat dan semoga dangan tali dan celupan diri kita ke dalam sibghah Allah SWT akan membawa kita ke syurgaNya..InshaaAllah




Wallahualam


   





Comments

Popular posts from this blog

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...