Skip to main content

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

  
                                                                                                                                                                   
Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya:
"Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."
    Ibrahim menjawab:
"Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurkan kelazatan dunia" 
     Lelaki itu berkata:
"Tolong sampaikan hal itu kepadaku wahai Abu Ishaq!"
     Kemudian Ibrahim berkata:
"Pertama, apabila kamu hendak menderhaka kepada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu makan rezekiNya"
     Lelaki itu bertanya:
"Lalu, dari mana aku makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberianNya?" 
     Ibrahim menjelaskan:
"Begini, wajarkah kamu makan rezekiNya sedangkan kamu selalu menderhaka kepdaNya?"

     Lelaki itu berkata:
"Sekarang, tolong beritahu yang kedua!"
     Ibrahim berkata:
"Apabila kamu hendak menderhaka kepadaNya, jangan sampai kamu menginjak bumiNya"
     Jawab lelaki itu:
"Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milikNya, lalu dimana aku akan tinggal?"
     Ibrahim berkata:
"Begini, wajarkah kamu makan rezekiNya dan tinggal di wilayahNya, sedangkan kamu masih menderhakaiNya?"
     Lantas, lelaki itu menjawab:
"Tidak, sekarang tolong sebutkan yang ketiga."
    Ibrahim berkata lagi:
"Jika kamu hendak melakukan maksiat sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya, sekarang cuba carilah sesuatu tempat yang mustahil diketahui olehNya kemudian di tempat itu kamu bebas membuat maksiat"
    Lelaki itu makin bingung dan berkata:
 "Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapat aku lakukan. Dia selalu mengetahui apa sahaja yang dirahsiakan"
     Ibrahim meneruskan hujahnya:
"Wajarkah kamu memakan rezekiNya dan berada di wilayahNya, sedangkan kamu masih derhaka kepadaNya dan dia selalu mengawasi gerak-gerimu?"
     Lelaki itu segera menjawab:
"Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!"
    Ibrahim berkata:
"Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu , cuba mintalah kepadanya agar diberikan tempoh supaya dapat bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh serta beramal soleh keraa Allah"
    Jawab lelaki itu:
"Mustahil dia mahu menerima permohonan aku itu"
    Tanya Ibrahim:
"Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana kamu akan mendapatkan satu jalan untuk menyelamatkan diri?"
     Lelaki itu berkata:
"Sekarang, tolong sebutkan yang kelima!"
     Ibrahim berkata:
"Jika pada hari kiamat nanti malaikat Zabaniah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya"
     Jawab lelaki itu:
"Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja walaupun aku kemukakan pelbagai alasan"
     Ibrahim bertanya lagi:
"Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?"
     Kata lelaki itu:
"Wahai Ibrahim! Cukup..cukup. Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepadaNya"

















Sumber: Harian Metro




















             

Comments

Popular posts from this blog

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...