Jadi Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini, masih mengurniakan kita nikmat dan rezeki yang mencukupi, kasih sayang yang tidak pernah putus diberikan olehNya melaui struktur kekeluargaan, persahabatan dan kehidupan yang aman,damai dan harmoni. Tiada peperangan, tiada kekecohan mahupun kekalutan. Alhamdulillah Jadi (lagi sekali) Actually Kak D nak sambung entri sebelum ni iaitu 'Penghalang Mengenal Allah" Rasanya, dah berhabuk blog ni berbulan tak disentuh dek kerana kesibukan yang maha dasyat (ye ye je) Maaf, maaf dan maaf kepada pembaca yang Kak D kasihi dan sayangi. Oleh hal yang demikian, entri kali ni akak akan cover balik dengan tajuk 'The Deadliest Needle!" ataupun nama lainnya jarum halus yang menghalang manusia mengenal Allah SWT. ...