Jadi
Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini, masih mengurniakan kita nikmat dan rezeki yang mencukupi, kasih sayang yang tidak pernah putus diberikan olehNya melaui struktur kekeluargaan, persahabatan dan kehidupan yang aman,damai dan harmoni. Tiada peperangan, tiada kekecohan mahupun kekalutan.
Alhamdulillah
Jadi (lagi sekali)
Actually Kak D nak sambung entri sebelum ni iaitu 'Penghalang Mengenal Allah"
Rasanya, dah berhabuk blog ni berbulan tak disentuh dek kerana kesibukan yang maha dasyat (ye ye je)
Maaf, maaf dan maaf kepada pembaca yang Kak D kasihi dan sayangi.
Oleh hal yang demikian, entri kali ni akak akan cover balik dengan tajuk 'The Deadliest Needle!"
ataupun nama lainnya jarum halus yang menghalang manusia mengenal Allah SWT.
"Akak2! apedia jarum2 tu?"
kata seorang anak kecil yang berusia linkungan setahun jagung kepada seorang akak yang sedang leka membelai jari-jemarinya
Si akak tersenyum sendirian
Melihat kelincahan dan kepetahan anak kecil seumur itu berkata-kata membuatkan si akak berasa teruja untuk memulakan penceritaan
"Sungguh walaupun umurmu masih muda, pemikiranmu mengalahkan belia" bisiknya perlahan.
Tanpa berlengah, si akak memegang erat anak itu, sambil mengusap lembut ubun-ubun si kecil lantas dia berkata:
Jarum yang tajam dan berkilat itu terbahagi kepada dua bahagian sayang, kedua-duanya sangat runcing dan menyakitkan apabila ditusuk secara sengaja ataupun tidak.
Bahagian kirinya ialah penyakit syahwat [3;14], [45:23] dan bahagian kanannya pula penyakit ragu.
Untuk bahagian kiri (Penyakit syahwat) terbahagi kepada 5 bahagian jarum-jarum yang halus yang sukar dilihat akan tetapi sakit apbila disentuh iaitu:
- Pendosa [2:26,27], [59:19]
- Sombong [16:22], [40:35,56]
- Aniaya [61;17], [32;23]
- Dusta [2,10], [77;19]
- Banyak maksiat [83;14]
Kesan dan akibat jika terluka dengan pangkal jarum ini menyebabkan kesakitan 'dimurkai Allah SWT' dan luka ini hanya boleh diubati dengan 'kesungguhan' dalam beribadat dan berbuat.
Seterusnya untuk bahagian kanan pula ( Penyakit ragu) terbahagi kepada 4 bahagian yang mengandungi bulu- bulu halus yang menyebabkan kemerahan dan kegatalan:
- Jahil [39;65-66],[17;36]
- Ragu-ragu [22;55]
- Menyimpang [5;13]
- Lalai [7;179]
Implikasi daripada sentuhan antara tangan dan permukaan jarum ini akan menyebabkan seseorang "tersesat dan tersasar dari jalan yang lurus". Oleh itu, langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan terjadinya sentuhan pangkal jarum ini adalah dengan 'ilmu'.
Sebab itulah ilmu dan amal sangat penting dalam hidup kita, bak kata cendekiawan islam, Imam Al-Ghazali " Amal tanpa ilmu , gila. Ilmu tanpa amal, sia-sia"
Panjang lebar penerangan si akak kepada anak kecil tadi.
Sambil tersenyum si akak pun tunduk memandang wajah comel si kecil itu untuk melihat reaksinya.
Hampa
Kerana si kecil sedang lena dibuai mimpi
"Sayangnya wahai anakku, jika engkau sedar dan kusyuk mendengar bebelanku, masih engkau tidak mampu menghadam apa yang ingin aku sampaikan kepadamu, kerana engkau seorang anak kecil yang tidak mengerti.
Malangnya, jika aku sampaikan kisah ini kepada belia dan remja di luar sana
masihkah ada di antara mereka yang mengerti dan jika ada yang mengerti
masihkah ada pula di antara mereka yang sanggup melaksanakannya?"
si akak tertunduk resah
Tatkala setitik cecair jernih menitis jatuh menyembah bumi.
Wajahnya yang muram diangkat kembali berseri.
"Aaa...ada. Ada!" gumamnya sendiri.
Melalui kisah di atas, dapat kita rumuskan beberapa jenis perkara yang menghalang kita daripada mengenal Allah Swt dan perkara-perkara itu diibaratkan seperti jarum- jarum yang sentiasa menusuk dan hasil daripada cucukan dan tusukan jarum-jarum itu menyebabkan manusia leka dan alpa melayan kesakitan tanpa mengenalpasti punca mengapa pedihnya terus -menerus dirasai.
Tidak dikaji apa sebabnya,
Darahnya tiada, kesakitannya dirasa
Maklumlah, gelarannya bukan biasa-biasa
"Deadliest tuu!"
Semua masalah ada solusinya, paling penting
kaji sehingga ke akarnya
Kalau terus ditebang atau dipatahkan, esok lusa tumbuh semula
Malah boleh jadi lebih teguh daripada sebelumnya
Oleh itu, jom mulakan dari sekarang
Kalau nak tunggu nanti, tak boleh! sebab apa?
Sebabnyaa..
"Belum tibakah waktunya bagi orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (melakukan) seperti orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan antara mereka menjadi orang yang fasik"
[57;16]
Wallahualam
p/s: Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan, orang-orang yang mengerjakan amal soleh, saling nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran
Comments
Post a Comment