بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Ad-Dzariyat (51:56)]
Segala puji-pujian dan rasa syukur atas kurniaan nikmat dan rahmat Allah yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang menentukan arah terbit dan terbenamnya matahari. Allah tuhan yang Maha Agung lagi Bijaksana, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW . Seterusnya, muslimin muslimat, mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah SWT
Assalamualaikum wbt
Seperti mana kita lihat pada hari ini, ramai remaja dan belia yang kian menjauh dari ajaran Al Quran dan As Sunnah. Peningkatan statistik masalah umat yang sukar untuk dibendung malah semakin menjadi-jadi menyebabkan negara kehilangan pelapis muda yang berkualiti dan bakal pemerintah yang cekap. Ke mana hilangnya mereka yang sedar untuk menegur?
Awak!
Saya!
Ya! Kita semua!
Masalahnya, kebanyakan antara kita terlupa tentang pentingnya pelaksanaan amar makruf nahi mungkar dalam kalangan masyarakat.
Lihat
Seorang ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga sehingga terlupa untuk melayan kerenah "rezekinya" yang terbesar iaitu anak-anak dan isteri.Terlupa untuk melaksanakan tanggungjawab sebenar seorang ketua keluarga dalam menyampaikan dakwah kepada isi rumah. Terlupa menilai cara pemakaian si anak, terlupa menegur cara pertuturan si isteri, terlupa melihat pergaulan si dara dan perlakuan si teruna.. Terlupa itu, terlupa ini
Ahh aku sibuk - Kata si ayah
Lantaran sikap pelupa si ayah , anak- anak mula mencari penasihat yang lain baik dari rakan, sahabat dan tidak mustahil... dari musuh
Maka, dari itu si anak mula menjauh dari syariat agama yang sebenar
Melalui apa? Melalui si musuh!
Si musuh yang tidak pernah penat menusukkan jarum-jarum halus ke dalam minda, jasmani dan rohani anak-anak Islam.
Jom tengok ayat ni
16.Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai sesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.
17.Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka,dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)."
Surah 7 ( Al A'raf)
Haa inilah musuh yang dinyatakan tadi!
Tapi jarum tu ape pulak, bentuknya macam mana? Rupanya bagaimana? dan apa pula kesannya?
dan yang paling penting..mengapa jarum-jarum ini begitu berkuasa sehingga menjadi penghalang mengenal Allah?
Stay tuned for the next part 😉😉
Assalamualaikum
Lots of love,
Sis D
Sis D
Comments
Post a Comment