Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA!

                                      NIKMAT NAFAS Tahukah anda harga Oksigen di hospital adalah RM 10 seliter. Tahukah anda harga Nitrogen di hospital adalah RM 3 seliter. Tahukah anda bahawa manusia menyedut sebanyak 2880 liter Oksigen dan 11376 liter Nitrogen! Jika dinilai dengan wang ringgit, Oksigen dan Nitrogen yang kita hirup, ia bernilai RM56060/ hari untuk setiap manusia. Jika jumlah RM56060X30 hari, maka jumlah kos untuk Oksigen dan Nitrogen untuk seorang manusia ialah RM1681818/bulan Orang paling kaya sekalipun tidak akan sanggup membayar nilai nafas sendiri untuk hidup, jika nikmat Allah SWT dirumus dalam bahasa perniagaan. Masihkah kita MALAS BERSYUKUR? Untuk nikmat pernafasan sahaja ia bernilai RM1681818 sebulan Namun Allah SWT bagi secara PERCUMA! Maka benarlah Firman Allah SWT yang diulangiNya berkali-kali dalam surah Ar Rahman: "Maka nikmat Tuh...

LEADER YANG MEMBIMBING BUKAN MENENGKING

              Rasulullah SAW Contoh Terbaik Sebagai Ahli Politik ISLAM yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini, iaitu menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah SWT. Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan. Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat Al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit. Tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan syariat agama Allah SWT dalam bentuk yang lebih praktikal. Sebagai ahli politik berpeng...

ADAKAH BERJAYA SEMESTINYA KAYA?

Mendefinisikan visi hidup memerlukan kejelasan dalam berfikir. Jadi, di kala anda membaca artikel ini, ambil sediki masa berfikir secara serius menjangkau rutin hari ke hari. Cuba fikir di mana dan siapa anda 10 minggu dari sekarang, 10 bulan dari sekarang dan 10 tahun dari sekarang. Ini akan membantu anda agar mempunyai gambaran yang jelas apa yang mahu anda capai pada masa akan datang. Kemudian lihat di mana anda sekarang, mulakan bertindak, usah bertangguh lagi! Secara umumnya, apakah maksud kejayaan? Ada yang menggunakan istilah 'kaya dan berjaya'. Maknanya hanya kekayaan mendatangkan kejayaan. Soalnya adakah semua orang kaya berjaya? Terlalu banyak kes mengenai orang kaya yang mebunnuh diri, hidup tertekan dan tidak tentu hala. Mereka hidup tidak tenang, hidangan makanannya penuh dengan lauk pauk tetapi tidak teras  'nikmat' kelazatannya, tempat tidurnya empuk tetapi tidurnya tidak pula lena, rumahnya sebesar istana tetapi fikirannya berserabut dan huru-hara,...

RASA BERSALAH MEMAKAN DIRI, HINDARINYA SEKARANG!

                     MENGHILANGKAN RASA BERSALAH                                                                    Tiada perkara paling menyiksakan selain teringat akan kesalahan yang pernah kita lakukan. Perasaan ini menjadi gangguan emosi kepada sesetengah orang. Tahap paling parah daripada perasaan seperti ini dinamakan trauma. Ramai tidak mampu memaafkan diri disebabkan kesilapan lampau. Kesalahan yang dahsyat boleh membuat seseorang menjadi trauma. Jadi, bagaimana caranya  berhadapan situasi sebegini? Ketahuiah ada kalanya perasaan bersalah kepada diri adalah sesuatu yang istimewa. Tidak semua orang mampu memilikinya. Adanya perasaan bersalah menunjukkan dia masih memiliki perasaan malu dan takut. Itu juga bererti masih ada iman dalam hati. Ba...