Skip to main content

RASA BERSALAH MEMAKAN DIRI, HINDARINYA SEKARANG!

                     MENGHILANGKAN RASA BERSALAH


                                                               
  
Tiada perkara paling menyiksakan selain teringat akan kesalahan yang pernah kita lakukan. Perasaan ini menjadi gangguan emosi kepada sesetengah orang. Tahap paling parah daripada perasaan seperti ini dinamakan trauma. Ramai tidak mampu memaafkan diri disebabkan kesilapan lampau. Kesalahan yang dahsyat boleh membuat seseorang menjadi trauma. Jadi, bagaimana caranya  berhadapan situasi sebegini?
Ketahuiah ada kalanya perasaan bersalah kepada diri adalah sesuatu yang istimewa. Tidak semua orang mampu memilikinya. Adanya perasaan bersalah menunjukkan dia masih memiliki perasaan malu dan takut. Itu juga bererti masih ada iman dalam hati. Bagaimanapun, anda tidak seharusnya dibelenggu perasaan bersalah itu selama-lamanya. Ia boeh membantutkan potensi diri serta menjadi halangan kepada kehidupan yang lebih positif. Perhalusi semula perasaan bersalah itu. Anda perlu bersikap adil pada diri sendiri serta mengaitkannya dengan ketentuan Allah SWT. Setiap yang berlaku sudah ditakdirkan. Anda perlu memaafkan dan tidak terus menyalahkan diri.

ANTARA LANGKAH MENYINGKIR RASA BERSALAH:
  • Manusia ada kelemahan namun berpeluang untuk memperbaikinya. Tiada siapa dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan, tetapi ia boleh dijadikan panduan untuk mengharungi kehidupan seterusnya Pelajari kesilapan itu agar lebih bersedia  menghadapi hidup baru. Berikan kemaafan kepada diri dengan nekad untuk tidak mengulanginya lagi
  • Allah SWT Maha Pengampun. Jangan menghakimi diri dengan perasaan bersalah. Allah SWT juga Maha Pengasih. Jika benar bersalah, mintalah keampunan daripadaNya
  • Jadikan kesalahan itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan diri. Jadikan juga ia sebagai asbab untuk membenci perbuatan sia-sia yang boleh merosakkan diri
  • Jika kesalahan itu dilakukan terhadap manusia lain. Ambil pendekatan untuk berterus terang. Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku telah ditetapkan Allah SWT. Kenalpasti waktu yang sesuai untuk menerangkan hal yang berlaku di antara anda dengan sahabat,rakan atau kenala






Pentikan disunting dari akhbar Harian Metro ( Bersama Kaunselor Pn Siti Fatimah AbduL Ghani)











Comments

Popular posts from this blog

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

"PEMBELAHAN DADA"

            AMBIL PENGAJARAN PERISTIWA "SYAQQUS SHADR"   Pada saat Rasulullah SAW berusia 5 tahun dan saat baginda masih dalam perawatan Halimatus Sa'adiah di perkampungan Bani Sa'ad, terjadilah peristiwa besar yang sekaligus menunjukkan tanda-tanda kenabiannya kelak. Peristiwa tersebut dikenal dengan istilah pembelahan dada (Syaqqus Shadr).   Suatu hari, ketika Rasulullah SAW bermain bersama teman-temannya, tiba-tiba datang malaikat Jibril menghampiri dan mendapatkan Rasulullah SAW. Lalu baginda dibaringkan, kemudian dadanya dibelah, lalu hatinya diambil selanjutnya dikeluarkan segumpal darah darinya, seraya berkata: "Inilah bagian syaitan yang ada padamu"   Kemudian, hati tersebut dicuci dibekas air emas dengan air zam zam, setelah itu dikembalikan ke tempatnya semula.   Sementara itu, teman-teman sepermainan baginda melaporkan kejadian tersebut kepada Halimah seraya berkata: "Muhammad dibunuh..Muhammad dibunuh!" ...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...