MISKIN, GAGAL DAN BAHAGIA
Namun mereka yang miskin, lauk-pauk mereka sedikit cuma tetapi makannya penuh nikmat, tempat tidurnya serba sederhana tetapi tidur mereka nyenyak diulit mimpi indah. Rumah mereka barangkali kecil dan buruk, tetapi hidup tenang. Benarlah sabda Rasulullah SAW:
"Lihatlah orang yang lebih bawah dari kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah SWT kepadamu" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Seorang pencuci tandas yang bersungguh-sungguh mencuci jamban dengan niat agar orang dapat menggunakan tandas dengan selesa, gajinya sikit rumahnya di PPRT, keretanya cuma Proton Iswara yang dibeli secara terpaka, adakah dia seorang yang gagal? Sedangkan Rasulullah SWT bersabda:
"Sesungguhnya Allah sangat mencintai hambaNya yang melakukan kerja secara bersungguh-sungguh" (Riwayat Bihaqi)Jika merujuk momokan 'kaya dan berjaya' maka si pencuci tandas tadi jelas seorang yang gagal. Namun istilah ' bahagia dan berjaya' adalah lebih relevan. Si pencuci tandas itu puas hati melihat orang lain gembira menggunakan tandas, bukannya jijik dan menyakitkan mata serta beremosi negatif. Lantas si pencuci tandas itu rasa bahagia. Justeru, orang yang bahagia adalah orang yang berjaya. Mana mungkin seseorang yang tidak bahagia , hidup huru-hara dan sangat serabut dikira seorang yang berjaya? Kekayaan boleh menjadi penyumbang kejayaan, tetapi kekayaan bukan segalanya. Ini prinsip umum 'bahagia dan berjaya' dan sudah pasti, prinsip kebahagiaan seorang Muslim adalah menyedari diri sebagai hamba kepadaNya dan khalifah dalam kalangan insan
MUAT TURUN BAHAGIA DALAM DIRI
Cuba gunakan soalan di bawah sebagai 'suis' anda berfikir:
- Apakah perkara yang penting dalam hidup anda?
- Adakah anda sanggup berjaga malam malah tidak kisah kerananya?
- Apakah perasaan anda jika anda gagal mencapainya?
Disunting dari akhbar Harian Metro ( Bersama Amin Idris)
Comments
Post a Comment