Skip to main content

AN NISA


Awan berarak, 
mendung,
kelam

Mungkin akan hujan kali? 

Gadis itu ralit meneruskan perjalanannya, saat semua ujian membelenggu jiwanya, menarik, merentap dan meranapkan segala impiannya

Dia berkira-berkira, 
Jika diteruskan sakit, dilupakan... 

Mungkin sakitnya lebih parah, 
bagai ditoreh, disiat2 segala isi yang ada

Lebih sakit, perit, 
Lebih menyiksakan

Huh

Dia masih berkira2

Disebalik jiwanya yang memberontak, masih tersisa rasa untuk terus bertahan, 
Dia juga manusia, remaja
Emosinya terganggu, jiwanya bercelaru

Dalam kecelaruan, saat ada yang memulau
Allah hantarkan padanya beberapa manusia, entah benar  manusia atau

Malaikat

Di kala lidah si gadis kelu, tubuhnya kaku
"Manusia" inilah yang menggerakkannya kembali

Betapa sayangnya Allah pada si gadis
Masih dikurniakan padanya segala nikmat, 
Tubuh badan sihat, akal fikiran yang cerdas

Tapi ditolaknya mentah-mentah, 
hanya kerana mengejar dunia yang memperdaya, nikmat yang sementara

Belajarlah wahai gadis
Jangan kau sombong denganNya
Dia masih memberi kau ruang dan peluang untuk terus berada di jalanNya

Apa yang perlu kau buat? 

Ikhlaskan hati, teruskan berusaha

(13:11)

Dan jangan kau risau 
kerana di sebalik segala ujian dan dugaan,
Pahitnya sementara, 
Hikmahnya?  
Manis akan terasa selamanya

(94: 5-6)

Maka, teruskanlah berbuat wahai gadis

Sungguh disebalik segala sayangku padamu
Allah lebih mencintaimu, 
carilah Dia
Hari ini, esok dan selamanya
Nescaya Dia akan menyediakan mu syurga
InshaaAllah

Comments

Popular posts from this blog

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...