Skip to main content

Posts

AN NISA

Awan berarak,  mendung, kelam Mungkin akan hujan kali?  Gadis itu ralit meneruskan perjalanannya, saat semua ujian membelenggu jiwanya, menarik, merentap dan meranapkan segala impiannya Dia berkira-berkira,  Jika diteruskan sakit, dilupakan...  Mungkin sakitnya lebih parah,  bagai ditoreh, disiat2 segala isi yang ada Lebih sakit, perit,  Lebih menyiksakan Huh Dia masih berkira2 Disebalik jiwanya yang memberontak, masih tersisa rasa untuk terus bertahan,  Dia juga manusia, remaja Emosinya terganggu, jiwanya bercelaru Dalam kecelaruan, saat ada yang memulau Allah hantarkan padanya beberapa manusia, entah benar  manusia atau Malaikat Di kala lidah si gadis kelu, tubuhnya kaku "Manusia" inilah yang menggerakkannya kembali Betapa sayangnya Allah pada si gadis Masih dikurniakan padanya segala nikmat,  Tubuh badan sihat, akal fikiran yang cerdas Tapi ditolaknya mentah-men...
Recent posts

THE DEADLIEST NEEDLE

Jadi Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umur kita sehingga ke hari ini, masih mengurniakan kita nikmat dan rezeki yang mencukupi, kasih sayang yang tidak pernah putus diberikan olehNya melaui struktur kekeluargaan, persahabatan dan kehidupan yang aman,damai dan harmoni. Tiada peperangan, tiada kekecohan mahupun kekalutan. Alhamdulillah Jadi (lagi sekali) Actually Kak D nak sambung entri sebelum ni iaitu 'Penghalang Mengenal Allah" Rasanya, dah berhabuk blog ni berbulan tak disentuh dek kerana kesibukan yang maha dasyat (ye ye je) Maaf, maaf dan maaf kepada pembaca yang Kak D kasihi dan sayangi. Oleh hal yang demikian, entri kali ni akak akan cover balik dengan tajuk 'The Deadliest Needle!" ataupun nama lainnya jarum halus yang menghalang manusia mengenal Allah SWT.                                                    ...

PENGHALANG MENGENAL ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Ad-Dzariyat (51:56)] Segala puji-pujian dan rasa syukur atas kurniaan nikmat dan rahmat Allah yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang menentukan arah terbit dan terbenamnya matahari. Allah tuhan yang Maha Agung lagi Bijaksana, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW . Seterusnya, muslimin muslimat, mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah SWT Assalamualaikum wbt Seperti mana kita lihat pada hari ini, ramai remaja dan belia yang kian menjauh dari ajaran Al Quran dan As Sunnah. Peningkatan statistik masalah umat yang sukar untuk dibendung malah semakin menjadi-jadi menyebabkan negara kehilangan pelapis muda yang berkualiti dan bakal pemerintah yang cekap. Ke mana hilangnya mereka yang sedar untuk menegur? Awak! Saya! Ya! Kita semua!  Masalahnya, kebanyakan ant...

HAKIKAT DUNIA YANG DIKEJAR

                                                                          Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan keadaan yang hina. Pada malam itu, kota Andalusia yang berada di bawah pimpinan kerajaan Nasriyyah (bani Ahmar) telah jatuh ke tangan Katolik setelah selama lebih dari 800 tahun ia diperintah oleh kerajaan Islam. Justeru itu, beliau keluar dan meninggalkan istana yang didiaminya dengan hati yang pilu. Dadanya sesak dek kerana sebak. Sebaik sahaja sampai di atas bukit yang tinggi, dari sana beliau memandang Istana Al Hambra. Beliau menangis tersedu-sedu sehingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. Melihat akan hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana engkau tidak mam...

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...