Skip to main content

UWAIS AL-QARNI, SANG PENGHUNI DI LANGIT


  Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA bahawa akan lahir dikalangan tabi'in seorang yang sangat makbul doanya.

  Orang yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah SAW adalah Uwais Al-Qarni (berasal dari Yaman, daerah Qarn dan dari kabilah Murad)- Tidak dikategorikan sebagai sahabat, malah beliau tidak pernah pun berjumpa dengan Rasulullah SAW  walaupun beliau hidup di zaman Rasulullah SAW. Tapi, beliau telah diiktiraf oleh baginda Rasulullah SAW sendiri sebagai penghuni di langit.

  Tujuan Rasulullah SAW menyuruh Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA mencari Uwais Al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais Al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA).

  Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais Al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali RA. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang  Rasulullah SAW sebut-sebutkan ini kerana Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam dan penduduk setempat.

  Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit kusta di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak disenangi ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh dan amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi.

  Suatu hari, ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali unuk mengerjakan ibadah haji di Mekah. Ibunya mennyuruh supaya Uwais supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan bagi ibunya.

  Namun, atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Beliau mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas 'tilal' (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari, beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas tilal. Pagi esoknya , beliau akan mendukung lembu itu turun dari tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukan setiap hari. Perbuatan yang Uwais lakukan menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

  Namun sebenarnya, jika dilihat sebaliknya, Uwais Al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kg, selepas 6 bulan, lembu itu sudah menjadi 100 kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan beliau mampu mengangkat lembu seberat 100 kg dengan mudah sambil turun dan naik bukit setiap hari.

  Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatan beliau selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya, beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air,roti dan sebagainya. Beliau mendukung ibunya sewaktu mengerjakan tawaf, sa'ie dan membawanya di padang Arafah denagn mudah sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan tangannya pulang dari Mekah ke Yaman semula.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
"Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang di Mekah?"

  Uwais Al-Qarni menjawab:
 "Saya berdoa, meminta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu

Ibunya bertanya lagi :                                                                                                                        "Bagaimana pula dengan dosa-dosa kamu?               
Uwais menjawab :                                                                                                                       “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi :
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “

Uwais berkata :                                                                                                                                 “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah :                                                                                                                       “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa.”
  Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa : “Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. “


  Allah SWT telah menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah SAW kepada Umar dan Ali RA. “Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.”

  Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata : “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. "
  Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

  Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

  Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

  Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.


Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.


Sumber: Mastika

Comments

Popular posts from this blog

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...