Skip to main content

Posts

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

CERITA I   Menjadi penjual herba berubat di hospital, selain setiap hari perlu berhadapan risiko ditangkap oleh pengawal, perkara lain yang perlu saya bimbangkan adalah berkenaan stok barangan herba saya yang diletakkan di surau.   Sebenarnya, jauh dalam hati saya berasa bersalah kerana seperti menjadikan surau di hospital itu seperti stor pula untuk saya. Tetapi, apalah daya saya. Saya tidak ada pilihan lain selain daripada surau itu. Mujur jugalah surau itu dijaga baik dan barangan herba saya ikut selamat.   Tetapi pada hari itu, selepas saya mendapatkan seorang pelanggan dan mahu mendapatkan barangan herba yang dibeli, saya pergi ke surau dan terkejut kerana semua barangan saya hilang entah kemana.   Waktu itulah saya berada dalam keadaan yang serba salah. Mahu mengadu kepada pengawal keselamatan, nanti identiti saya terbongkar pula. Mahu melaprkan kepada pihak polis, masalahnya tetap sama, iaitu identiti saya terbongkar. Maka, mahu tidak mahu, terpa...

"PEMBELAHAN DADA"

            AMBIL PENGAJARAN PERISTIWA "SYAQQUS SHADR"   Pada saat Rasulullah SAW berusia 5 tahun dan saat baginda masih dalam perawatan Halimatus Sa'adiah di perkampungan Bani Sa'ad, terjadilah peristiwa besar yang sekaligus menunjukkan tanda-tanda kenabiannya kelak. Peristiwa tersebut dikenal dengan istilah pembelahan dada (Syaqqus Shadr).   Suatu hari, ketika Rasulullah SAW bermain bersama teman-temannya, tiba-tiba datang malaikat Jibril menghampiri dan mendapatkan Rasulullah SAW. Lalu baginda dibaringkan, kemudian dadanya dibelah, lalu hatinya diambil selanjutnya dikeluarkan segumpal darah darinya, seraya berkata: "Inilah bagian syaitan yang ada padamu"   Kemudian, hati tersebut dicuci dibekas air emas dengan air zam zam, setelah itu dikembalikan ke tempatnya semula.   Sementara itu, teman-teman sepermainan baginda melaporkan kejadian tersebut kepada Halimah seraya berkata: "Muhammad dibunuh..Muhammad dibunuh!" ...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...

UWAIS AL-QARNI, SANG PENGHUNI DI LANGIT

  Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA bahawa akan lahir dikalangan tabi'in seorang yang sangat makbul doanya.   Orang yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah SAW adalah Uwais Al-Qarni (berasal dari Yaman, daerah Qarn dan dari kabilah Murad)- Tidak dikategorikan sebagai sahabat, malah beliau tidak pernah pun berjumpa dengan Rasulullah SAW  walaupun beliau hidup di zaman Rasulullah SAW. Tapi, beliau telah diiktiraf oleh baginda Rasulullah SAW sendiri sebagai penghuni di langit.   Tujuan Rasulullah SAW menyuruh Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA mencari Uwais Al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais Al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar RA dan Saidina Ali RA).   Memang benarlah kata-kata Rasulullah SAW, Uwais Al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar dan Saidina Ali RA. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, ak...

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

                                "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan agama kamu bagi kamu, Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam menjadi agama untuk kamu"   Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3 jelas bahawa Islam agama yang sempurna dan diredaiNya.   Orang yang mengaku Islam sepatutnya berasa amat bersyukur kerana diberikan hidayah olehNya sama ada semenjak dilahirkan ke dunia ataupun melalui pencarian yang datang kemudiannya.   Bukan hanya agama Islam adalah agama diredai Allah SWT. Tetapi juga satu agama yang sempurna merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.   Tiada perintah dan larangan yang terkandung dalam Al- Quran bertentangan dengan fitrah manusia. Malah ia dapat dibuktikan melalui  kaedah saintifik.   Justeru, rasa syukur itu seharusnya dikongsi dengan manusia lain. Keindahan ajaran Islam diceritakan dan ditonjol...