Skip to main content

Posts

PENGHALANG MENGENAL ALLAH

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Ad-Dzariyat (51:56)] Segala puji-pujian dan rasa syukur atas kurniaan nikmat dan rahmat Allah yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang menentukan arah terbit dan terbenamnya matahari. Allah tuhan yang Maha Agung lagi Bijaksana, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Rasulullah SAW . Seterusnya, muslimin muslimat, mukminin dan mukminat yang dirahmati Allah SWT Assalamualaikum wbt Seperti mana kita lihat pada hari ini, ramai remaja dan belia yang kian menjauh dari ajaran Al Quran dan As Sunnah. Peningkatan statistik masalah umat yang sukar untuk dibendung malah semakin menjadi-jadi menyebabkan negara kehilangan pelapis muda yang berkualiti dan bakal pemerintah yang cekap. Ke mana hilangnya mereka yang sedar untuk menegur? Awak! Saya! Ya! Kita semua!  Masalahnya, kebanyakan ant...

HAKIKAT DUNIA YANG DIKEJAR

                                                                          Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan keadaan yang hina. Pada malam itu, kota Andalusia yang berada di bawah pimpinan kerajaan Nasriyyah (bani Ahmar) telah jatuh ke tangan Katolik setelah selama lebih dari 800 tahun ia diperintah oleh kerajaan Islam. Justeru itu, beliau keluar dan meninggalkan istana yang didiaminya dengan hati yang pilu. Dadanya sesak dek kerana sebak. Sebaik sahaja sampai di atas bukit yang tinggi, dari sana beliau memandang Istana Al Hambra. Beliau menangis tersedu-sedu sehingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. Melihat akan hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana engkau tidak mam...

UNIMASian

Assalamualaikum and hello guys! entry kali ni kita pergi secara ringkas.. bout what? Unimas? Yeahh its all about UNIMAS. Tapi kenapa Unimas..kenapa tak UKM,UM,UITM,UPM or yang lain2.. sebabnya..sebab dia kan.. sebabnya saya student UNIMAS jadi saya hanya tahu selok belok di sini je..tu pun bukan sepenuhnya sebab UNIMAS ni besar gak mcam Universiti lain di luar negara.. eh! dalam negara. dan UNIMAS ni bukan anak syarikat Malaysia Airline (MAS) ehh.. ianya short form bgi Universiti Malaysia Sarawak yg terletak di Kota Samarahan .. dan agak dekat dengan bandar Kuching..bolehla.. dan awak2 dan adik2 sekalian jangan risau sebab sekeliling UNIMAS bukan hutan tau.. bandar di sekitar kawasan U ni boleh dikatakan membangun dengan pesat jugaklah. just dont worry, be chilled and happy bila ada di antara anda yang ditawarkan ke UNIMAS ^_^. SUMMER MALL merupakan shopping complex yg paling dekat dengan UNIMAS ..dalam dia ada pusat pakaian hari2 , esprit, butik2, cinema dan bag...

5 NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM KEPADA ORANG LUPA DIRI

                                                                                                                                                                       Diceritakan pada suatu hari, seorang lelaki datang menghadap Ibrahim Bin Adham lalu bertanya: "Wahai Ibrahim Bin Adham! Aku orang lupa diri. Oleh itu berilah aku sesuatu yang dapat mencegah dan menyelamatkan hatiku daripada kecuaian."     Ibrahim menjawab: "Jika kamu mahu menerima lima perkara dan mampu melakukannya, nescaya maksiat tidak mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah dihancurk...

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA

CERITA I   Menjadi penjual herba berubat di hospital, selain setiap hari perlu berhadapan risiko ditangkap oleh pengawal, perkara lain yang perlu saya bimbangkan adalah berkenaan stok barangan herba saya yang diletakkan di surau.   Sebenarnya, jauh dalam hati saya berasa bersalah kerana seperti menjadikan surau di hospital itu seperti stor pula untuk saya. Tetapi, apalah daya saya. Saya tidak ada pilihan lain selain daripada surau itu. Mujur jugalah surau itu dijaga baik dan barangan herba saya ikut selamat.   Tetapi pada hari itu, selepas saya mendapatkan seorang pelanggan dan mahu mendapatkan barangan herba yang dibeli, saya pergi ke surau dan terkejut kerana semua barangan saya hilang entah kemana.   Waktu itulah saya berada dalam keadaan yang serba salah. Mahu mengadu kepada pengawal keselamatan, nanti identiti saya terbongkar pula. Mahu melaprkan kepada pihak polis, masalahnya tetap sama, iaitu identiti saya terbongkar. Maka, mahu tidak mahu, terpa...

"PEMBELAHAN DADA"

            AMBIL PENGAJARAN PERISTIWA "SYAQQUS SHADR"   Pada saat Rasulullah SAW berusia 5 tahun dan saat baginda masih dalam perawatan Halimatus Sa'adiah di perkampungan Bani Sa'ad, terjadilah peristiwa besar yang sekaligus menunjukkan tanda-tanda kenabiannya kelak. Peristiwa tersebut dikenal dengan istilah pembelahan dada (Syaqqus Shadr).   Suatu hari, ketika Rasulullah SAW bermain bersama teman-temannya, tiba-tiba datang malaikat Jibril menghampiri dan mendapatkan Rasulullah SAW. Lalu baginda dibaringkan, kemudian dadanya dibelah, lalu hatinya diambil selanjutnya dikeluarkan segumpal darah darinya, seraya berkata: "Inilah bagian syaitan yang ada padamu"   Kemudian, hati tersebut dicuci dibekas air emas dengan air zam zam, setelah itu dikembalikan ke tempatnya semula.   Sementara itu, teman-teman sepermainan baginda melaporkan kejadian tersebut kepada Halimah seraya berkata: "Muhammad dibunuh..Muhammad dibunuh!" ...

KEBAHAGIAAN ITU SEPERTI RAMA-RAMA

  Seorang pemuda berjumpa dengan seorang lelaki tua  di sebuah masjid. Niat pemuda itu adalah ingin mendapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Manakan tidak, hatinya sentiasa gelisah. Tidak pernah tenang. Fikirannya selalu kacau bilau. Sudah berbulan lelaki itu berkelana ke merata tempat, mencari sesuatu yang boleh membahagiakan dirinya. Namun, sampai sekarang tidang ketemu.   "Saya sudah penat Pakcik. Sudah bermacam perkara saya buat. Sudah jauh saya berjalan. Semuanya demi mencari kebahagiaan hati. Tapi sampai sekarang, perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Entahlaa.. apa lagi yang harus saya buat..." Keluh pemuda itu di hadapan lelaki tua. Wajahnya kelihatan begitu muram.   "Depan sana ada sebuah taman. Pergilah ke sana dan tangkaplah seekor rama-rama, setelah itu aku akan selesaikan masalah kamu ini", jawab lelaki tua itu sambil tersenyum.   Walaupun agak ragu, anak muda itu tetap melakukannya seperti yang disuruh. Tiba di sana, dia terkejut mel...